Homestay Apartment Seri Anggerik Kota Bharu
Best Viewed in Landscape Format

Penginapan Apartment Di Wakaf Che Yeh

Homestay Apartment Seri Anggerik menyediakan satu unit penginapan untuk anda dan keluarga / kumpulan di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.

Terletak di tingkat enam di De Viana Apartment, homestay apartment ini sangat selesa seperti tinggal di rumah sendiri. Lengkap dengan peralatan keperluan, anda boleh duduk dengan aman dan nyaman.

Apartment De Viana 12 tingkat ini adalah mercu tanda terbaru di Wakaf Che Yeh yang menempatkan De Viana Hotel Apartment dari tingkat satu hingga lima. De Viana Hotel Apartment Wakaf Che Yeh ini terletak dibelakang restoran McDonald. Pasar malam Wakaf Che hanya lebih kurang 150 meter dari apartment ini.

Terdapat juga lain-lain hotel di Wakaf Che Yeh seperti Hotel Holiday Villa, Hotel Dynasti Inn, Hotel Ridel Boutique dan Hotel Khalifa Inn (pautan disini), terletak lebih dekat dengan kawasan Pasar Malam Wakaf Che Yeh.

Homestay Apartment Seri Anggerik, Wakaf Che Yeh Kota Bharu Kelantan

Ruang Tamu

Ruang tamu luas dengan sofa dan meja makan.

Homestay Apartment Seri Anggerik, Wakaf Che Yeh Kota Bharu Kelantan

Bilik Tidur 1

Bilik utama dengan bilik air didalamnya. 1 tilam queen dan 2 tilam single disediakan.

Homestay Apartment Seri Anggerik, Wakaf Che Yeh Kota Bharu Kelantan

Bilik tidur 2

Bilik tidur sama luas dengan bilik tidur 1. Juga 1 tilam queen dan 2 single.

Homestay Apartment Seri Anggerik, Wakaf Che Yeh Kota Bharu Kelantan

Ruang Dapur

Ruang untuk menyediakan makanan dan minuman ringkas.

Kadar sewaan

Hujung minggu Kamis - Sabtu dan Cuti umum / Cuti Sekolah : RM230/hari

Hari bekerja Ahad - Rabu : RM200/hari



Kos penginapan adalah seperti hotel murah Kota Bharu tetapi dengan kemudahan, fasiliti yang lengkap dan selesa hampir sama dengan hotel premium di Wakaf Che Yeh dan Kota Bharu.

Homestay Apartment Seri Anggerik, Wakaf Che Yeh Kota Bharu Kelantan

Jalan Masuk

Pandangan jalan masuk di sisi apartment, dijaga oleh seorang "security guard".

Homestay Apartment Seri Anggerik, Wakaf Che Yeh Kota Bharu Kelantan

Access card

Untuk keselamatan, masuk apartment perlu kad access.

Homestay Apartment Seri Anggerik, Wakaf Che Yeh Kota Bharu Kelantan

Koridor ke unit

Pintu apartment tidak jauh dari pintu lif. Tiada halangan untuk yang berkerusi roda dari parking ke bilik.

Bandar Wakaf Che Yeh

Pandangan dari bilik tidur. Restoran McDonnald sebelah kiri, Hotel Holiday Villa sebelah kanan gambar.

Kelebihan Menginap Di Homestay Apartment Seri Anggerik

  • Hampir dengan Pasar Malam Wakaf Che Yeh

    Hanya 150 meter dari pasar malam Wakaf Che Yeh, pasar malam terbesar di Daerah Kota Bharu. Pasar malam Wakaf Che Yeh ini dikunjungi ramai terutama di musim cuti dan perayaan.
    Tak perlu lagi mencari tempat letak kereta di musim sibuk kerana anda cuma perlu berjalan kaki untuk sampai.
  • Dekat dengan kedai makan.

    Restoran McDonalds Wakaf Che Yeh terletak di sebelah apartment sahaja,
    3-4 restoran lain dalam lingkungan 100 meter dari apartment.
  • Pemandangan cantik dari tingkap apartment.

    Rumah kedai kawasan perniagaan Wakaf Che Yeh jelas kelihatan,
    tidak jemu menjamu pandangan anda melihat aktiviti perniagaan dan pasar malam terutama waktu malam.
  • Mudah ke Kota Bharu

    4 km ke Pusat Bandar Kota Bharu dan dekat juga dengan Kubang Krian,
    jalan ke Pasir Mas dan Rantau Panjang.
  • Harga sewa seperti hotel yang murah.

    Kemudahan ala hotel, dengan hawa dingin sepenuhnya (3 aircon). Kos penginapan lebih murah 25% (apartment 2 bilik) jika di bandingkan dengan Hotel De Viana dan Hotel Holiday Villa di sebelah apartment ini.