Homestay Apartment Seri Anggerik Kota Bharu
1 unit 2 bilik di De Viana Service Apartment
  • Homestay Apartment Seri Anggerik

    Satu Unit Apartment Persendirian

    Homestay Apartment Seri Anggerik, Wakaf Che Yeh Kota Bharu Kelantan

Terma dan Syarat Penginapan Apartment di Homestay Seri Anggerik

Penghuni yang ingin menginap di Homestay Apartment Seri Anggerik perlu membaca terma dan syarat disini. Kami akan mambantu sebaik mungkin tetapi segala perkara atau masalah yang timbul adalah dibawah tanggung jawap penyewa sendiri.



1. Perlu bayaran deposit RM100 dimasukkan kedalam bank (no.akaun Maybank akan diberi melalui sms) apabila menempah homestay apartment. Baki bayaran perlu diberi semasa check-in ke apartment.

2. 70% bayaran tempahan dipulangkan jika tempahan dibatal 1 minggu dari tarikh masuk untuk hari biasa atau 2 minggu dari tarikh masuk untuk hujung minggu/hari cuti. Wang tempahan tidak akan dipulangkan jika pembatalan dibuat lewat dari tempoh tersebut.

3. Masa masuk adalah selepas 2.00 petang dan keluar sebelum 12.30 tengahari.

4. Perkhidmatan mengemas rumah disediakan jika diminta dari 1.00 hingga 2.00 petang.

5. Memasak makanan mentah dilarang kecuali menggunakan peralatan elektrik yang disediakan iaitu periuk nasi, pembakar roti dan cerek air elektrik.

6. Jika jumlah penyewa/penghuni lebih dari jumlah tempat tidur yang disediakan, bayaran tambahan mungkin dikenakan (mengikut budibicara). Kami tidak sediakan bantal atau tilam tambahan.

7. Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu penghuni dinasihatkan:

a. Tidak membawa barangan berharga bersama.

b. Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan apartment atau tidur waktu siang dan malam.

c. Semua suis elektrik dipadam selepas digunakan. Adalah wajib kipas dan pendingin hawa tidak dibiarkan hidup bila meninggalkan rumah.

d. Jangan tinggalkan sebarang kad atau kertas dalam slot suis elektrik bila apartment ditinggalkan kosong.

8.Penghuni perlu pastikan tidak melakukan kerosakan pada peralatan yang disediakan di dalam rumah. Jika terdapat kerosakan pihak pengurusan boleh meminta gantirugi (mengikut budibicara).

9.DILARANG KERAS MEROKOK DALAM BILIK APARTMENT.

10.Deposit RM50.00 perlu semasa masuk rumah untuk "access card" dan dipulangkan diakhir penginapan jika tiada kerosakan kepada alat tersebut.


PIHAK PENGURUSAN RUMAH REHAT SERI ANGGERIK TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAP ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECERDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA DAN PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING KERANA KELALAIAN MEREKA ATAU KEADAAN DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN.