Homestay Apartment Seri Anggerik Kota Bharu
1 unit 2 bilik di De Viana Service Apartment
  • Homestay Apartment Seri Anggerik

    Satu Unit Apartment Persendirian

    Homestay Apartment Seri Anggerik, Wakaf Che Yeh Kota Bharu Kelantan

Homestay Penginapan Apartment Di Wakaf Che Yeh

Homestay Apartment di Wakaf Che Yeh Kota Bharu ini mempunyai fasiliti untuk keselesaan pengunjung menginap. Kemudahan yang disediakan setanding dengan yang diberikan oleh apartment hotel di Kota Bharu atau hotel di Wakaf Che Yeh yang serupa.

Untuk kekalkan kos sewaan yang rendah kami tidak menyediakan tuala, wifi atau sarapan pagi. Walau bagaimana pun tuala boleh diberi jika diminta dengan sedikit bayaran (RM2/tuala).

Homestay Apartment Seri Anggerik

Pendingin hawa.

Ruang tamu dan setiap bilik tidur disediakan pendingin hawa seperti di hotel untuk keselesaan penghuni.

Katil Tilam

Apartment Seri Anggerik menyediakan 1 katil queen dan 2 set tilam single di setiap bilik. Selimut disertakan sekali.

Homestay Apartment Seri Anggerik

Bilik air.

Ada 2 bilik air, satu bersambung dengan bilik tidur utama, satu lagi di sebelah dapur. Tuala tidak disediakan.

Homestay Apartment Seri Anggerik

Peralatan Dapur

Terdapat peti sejuk, dapur nasi, pemanas air, toaster roti dan peralatan pinggan mangkuk untuk keperluan anda.

Walaupun Homestay Apartment Seri Anggerik mempunyai hanya dua bilik, ia sangat selesa kerana ruang bilik tidur, ruang tamu dan dapurnya yang luas dan anda tidak akan merasa terhimpit seperti dalam bilik hotel atau apartment yang sempit.

Homestay Apartment Seri Anggerik

TV 29"

Siaran Astro Njoy untuk tontonan sekeluarga. Tempat berkumpul untuk keluarga.

Homestay Apartment Seri Anggerik

Sterika

Untuk kesenangan penghuni menggosok baju dan kain terdapat di bilik tidur ke 2.

Parking untuk kereta

Homestay Apartment Seri Anggerik mempunyai satu parking khas basement. Terdapat parking lain di depan apartment ini.

Kolam Renang Kanak-kanak

Anak-anak penyewa boleh menggunakan kolam renang ini. Cuma beritahu nombor bilik anda menginap jika di tanya.